Kelas Ms. Word – Penyediaan Kepala Surat & Surat Rasmi

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 February 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas individu Microsoft Office word bersama Pengerusi KRT PPR Batu Gong. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi kemahiran asas Ms. Word dan penyediaan kepala surat berkaitan KRT PPR Batu Gong. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar bagaimana membuat ‘kepala surat’ dengan mengutamakan penggunaan logo sesebuah persatuan, nama persatuan dan alamat bilik operasi dan gerakan persatuan tersebut.

Disertakan juga no. Telefon rasmi persatuan untuk tujuan komunikasi dengan pihak lain. kemudian peserta didedahkan dengan format dan cara menaip surat rasmi dengan betul. Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft Office Word. Di akhir kelas, peserta diminta untuk membuat surat rasmi sebagai latihan untuk memantapkan kemahiran menaip mereka.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
1. Peserta didedahkan dengan asas penggunaan Ms. Office Word untuk menghasilkan surat rasmi
2. Peserta dapat mengoperasikan penggunaan fungsi line spacing, indentation, text justify, design, jenis dan saiz tulisan yang sesuai untuk menulis sesuatu surat rasmi.
3. Peserta mendapat pengetahuan baru berkaitan cara memasukkan gambar multimedia ke dalam kepala surat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali